Selasa, 1 Disember 2009

BANJIR SEMAKIN MENJADI-JADI


cuaca yang semakin extrem, salah satu puncanya,nk elak pun dah terlambat,dunia dah tenat.corrective action yg boleh kita buat,perbaiki semula ekosistem kita.sistem tebatan semulajadi.sekarang ni mana ade pokok nk slow downkn aktiviti2 hujan yg melampau..kalau sungai kita,hutan kita masih kekal diteroka macam sekarang mmg susah le masa depan..lg teruk jd nya..

Isnin, 30 November 2009

PEMAIN IDAMANKU






David Beckham has left many a fan breathless through the years with his bending free kicks and shirtless billboards. Now, we come to learn that Becks often is gasping for air at the end of matches because he has suffered from asthma since he was a boy.
An ESPN camera crew spotted the English soccer icon/L.A. Galaxy midfielder using an inhaler during halftime of the Galaxy's MLS Cup loss to Real Salt Lake on Nov. 22. In all his years with the English national team, Manchester United, Real Madrid and AC Milan, he had never revealed that he was asthmatic, though he was on medication for the condition.
His agent, Simon Oliveira, said: ``David has suffered with this since he was a young boy, but it has obviously had no effect on his performance. He has never sought to make it public, but if it does inspire any sufferer to think they can achieve great things like many other sportsmen have done, then so much the better. Some of the best athletes in the world suffer from asthma, and there is no problem with his aerobic fitness.''

LAGENDA KELANTAN


Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam.Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini.Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

LAGENDA MAHSURI


Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

lawak lagi

video lawak king

TEMPAT MENARIK

gambar ini adalah salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh para pelancong dari negara asing sperti om putih dan lain lagi.Manakala tempat di atas adalah salah satu tenpat yang saya sukai.....
saya menyukai tempat itu ialah kerana ia mempunyai tempat perlindungan seperti hotel dan resorst iaitu tempat penginapan para pelancong.memang negara kita terkenal dengan pelancong teramai
datang melancong.Kerana negara kita mempunyai tempat yang indah,inipun kerana pemberian allah kepada umatnya